UBD-SCOT bimbing belia terhadap isu-isu masyarakat

Posted by info.mcys info.mcys
Options
Pelita Brunei - BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 8 Januari. - Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman berkata Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menyokong penuh usaha-usaha Universiti Brunei Darussalam (UBD) melalui 'The Student Community Outreach Team-SCOT' untuk bertindak bersama-sama bagi membimbing belia tempatan menjadi lebih peka terhadap isu-isu masyarakat.

Berucap semasa Pelancaran Rasmi Projek Pertukaran Hijau Kali Kedua Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura SCOT di Kampung Sungai Kebun, Yang Mulia Datin Paduka berkata penglibatan sukarelawan seperti mahasiswa UBD dalam Projek Pertukaran Hijau untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik adalah amat dihargai.

Yang Mulia Datin Paduka menambah, adalah diharapkan bahawa projek itu boleh menghasilkan belia dengan empati dan umat manusia ke arah masyarakat.

Yang Mulia Datin Paduka menjelaskan, KKBS akan sentiasa memberi sokongan penuh kepada penglibatan badan-badan sukarela atau kelab-kelab dalam menangani isu-isu semasa terhadap kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.

Projek tersebut jelasnya, merupakan satu inisiatif yang berasaskan belia yang membuktikan belia adalah pemangkin di negara ini yang mendorong masyarakat.

Projek itu katanya lagi, juga mencerminkan keprihatinan golongan belia terhadap isu-isu sosial dan masalah-masalah yang dihadapi oleh kumpulan 'unprivileged' dan berpendapatan rendah.

Di samping itu, Yang Mulia Datin Paduka melahirkan penghargaan kepada Kumpulan SCOT dan belia umumnya kerana usaha gigih mereka dalam mendukung aspirasi negara dan menunjukkan hala tuju negara ke arah masyarakat yang sedar persekitaran hijau dan ekonomi.

Warganegara Brunei Darussalam katanya, mahu melihat kemajuan negara dalam bersaing di dunia global.

Yang Mulia Datin Paduka menyatakan rasa kagum dengan sikap belia di negara ini yang bertanggungjawab sepenuhnya dan bersedia untuk memainkan peranan yang lebih proaktif dalam masyarakat dalam membangunkan negara.

Yang Mulia Datin Paduka menambah, golongan belia merupakan masa depan negara dan belia yang dinamik, aktif, bertanggungjawab, bermotivasi, mempunyai keyakinan diri dan nilai-nilai moral yang tinggi, Negara Brunei Darussalam akan mempunyai masa depan yang cerah.


(Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim)

1 Comment

classic Classic list List threaded Threaded
Roydi Sahwandi Bin Yakob Roydi Sahwandi Bin Yakob
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

RE: Realiti Kehidupan

Realitinya Dalam Kehidupan:

Orang-orang kampong dan mukim biasanya menghadapi kesulitan hidup. Kebanyakan mereka itu hidup dalam kesusahan. Berbagai macam kegiatan ekonomi dilakukan untuk menampung kehidupan yang susah. Ada yang melakasanakan beberapa macam kerja semata-mata untuk menambah rezeki yang halal. Ada yang tidak berihat dari pagi hingga ke petang bekerja terus mencari nafkah untuk memelihara diri sendiri dan ahli-ahli keluarga. Kalau tenaga mencari duit, memang susah. Tapi kalau duit mencari duit, Al-hamdullilah. Kumpulan yang mempunyai duit atau 'loaded' memang sedikit di negara ini. Duit boleh dilaburkan untuk mendapat mudarabah atau interest yang lumayan di bank-bank yang terkemuka atau membeli saham di dalam dan di luar negeri. Bagi orang yang tidak bernasib baik susah hendak membeli saham atau sebagainya adalah mustahil, Ada yang terpaksa menjadi penjaja atau berjual dan berniaga sedikit-sedikit di tamu-tamu di seluruh negara ini.

Maka timbullah satu durongan saya iaitu untuk membuka satu peluang perlaburan bagi setiap orang-orang susah di negara ini yang ingin maju dan berusaha untuk dijadikan bahan perniagaan bagi membantu economi Negara dan bagi membantu orang-orang susah di negara ini agar kitani setiasa boleh berusaha agar tidak sentiasa mengharapkan atau bergantung daripada bantuan pihak-pihak berkenaan sahaja, dengan cara ini sahaja kita mampu berusaha dan apabila tertubuhnya perniagaan terbaru yang telah saya rancangkan ini nanti dapatlah kita membantu kepada mereka yang tidak mempunyai perkerjaan di negara ini. Walau bagaimanapun, memandangkan nasib yang sudah ditakdirkan ini sebagitu rupa, timbullah satu semangat saya berserta dari kalangan rakyat Brunei Darussalam untuk menyatukan tenaga dan segala sumbar pendapatan yang terdaya untuk sama-sama menjayakan rancangan perlaburan perniagaan bersama RSNA COMPANY bagi faedah dan kepentingan semua lapisan rakyat jelata. Bak kata pepatah: Bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh. Kalau kita tidak mampu menjalankan satu perniagaan sendiri Ada baiknya kita laksanakan perniagaan itu secara berkongsi kecil-kecilan dengan cara menubuhkan satu peluang perlaburan perniagaan untuk kepentingan bersama. Dengan niat yang suci ini insyallah Allah s.w.t sentiasa bersama orang-orang yang sabar dan sentiasa berusaha.

APAKAH YANG MENDURONG CITA-CITA SAYA UNTUK MENUBUHKAN PLAN PERLABURAN PERNIAGAAN INI?

Setiap manusia itu penuh dengan cita-cita dalam hidup ini. Ada cita-cita yang boleh menjadi kenyataan. Ada yang menghadapi rintangan dan cabaran. Semua manusia di muka bumi ini mengidam-idamkan kehidupan yang mewah dan senang. Tetapi segelintir manusia sahaja yang boleh mencapai idaman tersebut. Kebanyakan manusia, orang kampung dan mukim di negara ini tidak dapat mengecap kehidupan yang senang. Mereka dalam ketegori ini terpaksa bekerja keras membanting tulang untuk mendapatkan sesuap pagi dan sesuap petang. Orang yang bernasib baik memang senang hidup mereka. Yah! senang sementara. Kita bekerja mempunyai gaji besar, kerita bagus, makanan harian terjamin, rumah ada dan keperluan asas boleh diadakan. Al-Hamdullilah, kesihatan dan pelajaran masih lagi diberi percuma walaupun buku-buku teks dan makanan sendiri menangung. Kalau badan sihat, rezeki mudah dicari asal saja tidak memilih pekerjaan. Tetapi, kalau sudah usia lanjut di peringkat 60 tahun, kebanyakannya pekerja-pekerja Brunei terpaksa bersara. Kalaupun bekerja balik, mereka itu adalah orang-orang yang terpilih sahaja. Janganlah merintih kerana nasib tidak menyebelahi abis kita walaupun mempunyai pelajaran yang tinggi. Hidup akan bertambah susah kalau inda berpencen bulanan. Wang TAP boleh digunakan dalam jangka masa yang pendek dan akan habis sebelum maut tiba. Anak-anak masih lagi ditanggung. Malah mereka yang berumah tanggapun masih lagi dipelihara; diberi makan, minum dan pakaian. Wang apa yang dipakai untuk menjamin kehidupan mereka. Orang menganggur banyak berkeliaran di sana sini. Sehingga bulan Mei tahun 2007M, seramai 5,184 orang tempatan telah mendaftar di Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan. Kalau anak cucu yang menggangur tidak dipelihara, hidup mereka akan melarat. Mereka mesti mencari makan untuk meneruskan kehidupan. Kalau tidak ada tempat bergantung, mereka akan terus terjerumus ke lembah kehinaan pelbagai kegiatan dilakukan demi mencari rezeki untuk diri sendiri, anak, isteri dan keluarga mereka . Mereka tidak kisah perkara itu, asal saja dapat meneruskan kehidupan di dunia ini. Sebab itulah sekarang ini, mereka yang terlampau susah ini tidak lagi takutkan mati atau meninggal dunia. Jalan itulah mereka pilih kerana jalan lain sudah ditutup, bagi mereka yang susah yang tidak mempunyai model akan tetapi mempunyai idea yang kreatif ataupun pendapat yang berbeza yang telah di berikan oleh Allah kepada mereka untuk ingin terus maju berdikari diatas kaki sendiri amatlah susah kerana ada sesetengah pihak berkenaan meminta syarat-syarat yang tidak mungkin akan dapat mereka tunaikan. Bagaimanalah mereka atau anak tempatan kitani atau orang-orang susah hendak maju jikalau syarat-syarat daripada pihak-pihak berkenaan itu mustahil dapat mereka tunaikan. saya memohon dan merayu dan meminta belas kasihan pihak berkenaan bukalah pintu hati kecil biskita bagi memahami niat iklas saya ini demi membantu Negara ,tanah air dan Raja yang saya cintai.

Allah Subahanahuwata’ala akan mengubah nasib orang itu kalau ia mahu berusaha. Seseorang mestilah tampil kehadapan mesyarakat untuk membela nasib-nasib yang susah ini supaya mereka akan terkeluar daripada belenggu kemiskinan. Dalam hidup ini kitani mestilah membuat sumbangan bermakna kepada nosa dan bangsa. Semua manusia telah memberi sumbangan yang bermakna dan berfaedah. Walau seorang pembersih bandar pun dianggap sebagai penyumbang nasional kerana tanpa pembersih bandar dan alam sekitar akan menjadi kotor dan menjijikan. Apatah lagi bercakap mengenai dengan perkhidmatan pendidik, doktor, jururawat, petani, nalayan, jurutera atau kerja-kerja profesionel yang lain. Semua mereka ini penyumbang kepada kesejehteraan dan pembangunan nosa dan bangsa.

Kerana inilah saya rela berjuang untuk membentuk perlaburan perniagaan bagi menubuhkan satu perniagaan yang terbaru di Negara Brunei Darussalam sepertimana yang telah lama saya rancangkan. Oleh sebab kesusahan kewangan, orang-orang susah tidak mampu menjalankan bisnes sendiri, kecuali barangkali menaja di tamu-tamu seluruh negara menjual pisang keling, ubi, nanes, tampoi, mambangan, kembayau, lamiding, pakis dan apa sahaja hasil tempatan yang boleh menjadi bahan perniagaan secara kecil-kecilan. Tetapi untuk menubuhkan satu perniagaan ala Hua Ho, Supa Save, Sin Kiew, Hyper Mart, Teguh Raya dan sebagainya , orang-orang susah terpaksalah berurung-urung dan bersama-sama berganding bahu untuk menyatupadukan segala tenaga, masa dan kewangan supaya dapat menwujudkan satu perniagaan yang akan sedikit sebanyak menjamin kehidupan mereka suatu hari nanti, anak-anak dan cucu-cucu mereka dari zaman ke zaman. Mereka memerlukan kepimpinan yang benar-benar memperjuangkan nasib mereka. Siapakah yang akan memimpin mereka ini? Hamba Allah. Mudah-mudahan dengan izin Allah Subahanahuwata’ala dan berkat sukongan seluruh rakyat negara ini dan mohon direstui dan diberi sokongan penuh oleh pihak kerajaan dan KDYMM, agar rancangan saya ini akan bergerak maju kehadapan untuk menyampurnakan misi dan visinya demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Amin Yarrabulalamin !!!

Jika anda fikirkan apa yang saya lakukan atau rancangkan ini akan mendatangkan hasil dan dapat membantu kepada sesiapa saja yang memerlukan di negara ini tolong sokong dan LIKE page at Facebook RSNA COMPANY. Sekian Terima Kasih
untuk keterangan lanjut sila hubungi saya ditalian +6737129883 pada bila-bila masa.