Quantcast

Karya sastera penjana industri kreatif negara

Posted by info.mcys info.mcys  
Report Content as Inappropriate
Options


Pelita Brunei - BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 7 April. - Buku-buku karya penulis Negara Brunei Darussalam boleh diciptakan, dicetakkan dan dipasarkan dan ianya boleh menjadi penjana industri kreatif negara apabila membawa pulangan yang tinggi.

Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos menyatakan demikan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI) berlangsung di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Menurut Awang Haji Mohd. Rozan, pengarang boleh menjadikan lapangan itu kerjaya dalam kehidupan kerana bukan sahaja menjadi khazanah kepada generasi yang akan datang bahkan juga dapat membantu dan mengajar serta membimbing mereka dalam memperkasa warisan bangsa Melayu di dalam konteks falsafah negara Melayu Islam Beraja (MIB) yang tidak ternilai harganya.

"Di sebalik tabir dunia yang tangkas melungsuri kemajuan ekonomi dan kepesatan pembangunan prasarana, kini ASTERAWANI dihulurkan peluang keemasan untuk melihat kembali kepada dasar, tujuan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada abiskita," jelasnya.

Dalam pertemuan hari ini, tambahnya, akan membuka ruang dan peluang kepada para sasterawan terbilang untuk meneliti pengalaman kolektif demi kemaslahatan bersama, dengan ada lipatan sejarah merupakan bukti bahawa dunia Melayu merupakan satu unsur keunikan yang menjadi tunggak keutuhan bersama.

Terdahulu dari itu, menurutnya, ASTERAWANI perlu bergiat lebih proaktif dan menyesuaikan diri dalam era globalisasi dan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) contohnya penyebaran adikarya melalui kemudahan ICT seperti e.Book, blog, Buku Muka@Facebook, penterjemahan, menubuhkan kegiatan perekonomian bagi menampung kos pengurusan dan pentadbiran organisasi, meneroka bidang publishing seperti publishing house yang memberikan perkhidmatan selaku ejen pengedaran dan penjualan buku-buku karya penulis tempatan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah dan diteruskan dengan penyampaian cenderamata kenangan kepada ahli-ahli ASTERAWANI.

Hadir sama ahli-ahli Yang Berhormat, ahli-ahli ASTERAWANI, Profesor Madya Ampuan Dr. Haji Bahrim bin Ampuan Haji Tengah.
Loading...